Jumat, 31 Mei 2019

WATAK DALAM KELAS YANG DIMINATI?? DALAM KELAS KPS3014

Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Salam UPSI Cemerlang Bersama
Dan Salam Kasih & Sayang
Kepada melihat dan membaca blog ini

Tidak usahlah saya untuk memperkenalkan diri lagi, mungkin melalui gambar profil pada blog ini memcukupi untuk mengetahui siapakah diri yang kerdil lagi merendah diri ini…Cehhhh!!! Tiibbeerrrrrrr !! HAHAHHAHAHAHA…Takde lah….gurau-gurau manja jerrr tiberrr…




Baiklah…Nama kite kan….IZYAN SYAHIRAN BIN ROSLAND
Boleh panggil IZYAN jerrr!! Ramai yang ingat nama titew ni perempuan…kast-kast tengok depan-depan….HAHAHHAHAHAH….Mohon insaf
Saya daripada program ISMP KESUSASTERAAN MELAYU…Dak-dak sastera githuuuu…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


EHHHH!!!! STOPPP…. Ni bukan agenda sebenar HAHAHAHA
Agenda sebenar adalah menulis dan mengulas perwatakan yang diminati dalam kelas KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran…Sebenarnya ni kehendak Miss Izazol…




amboiii bukan main nakal dia dalam kelas HAHAHAHAHAH !!! TIBERRπŸ˜‚
Serius tak pernah bosan dalam kelas…Miss Izazol ni memang pandai nak ambil perhatian anak-anak muridnya untuk tidak bosan….PSSTTTT…Nak tahu tak…miss Izazol ni kan suka sangat kat budak sains sukan…Cehhhh !! hhahahhhahah !!! TIBERRπŸ˜‚πŸ˜†….takde lah…gurau je lahhh HAHAHHA.
Miss Izazol ni lh lect yang boleh dikatakan lect paling bestπŸ‘πŸ‘πŸ’₯

 untuk abad masa kini lh bagi kite lah…taktau lah pulak student yang lain kat luar tu…


Dah dahh cukup !!!
Kita berbalik kepada topik kita,,,
Ulaskan Individu di dalam kelas KPS233014 yang menjadi perhatian mata anda???
Cehhh!!! HMMMMMM. Ada ke?? tiberrrr, Ada ni haa
Baiklah orangnya adalah HAFIZ ASYRAFF BIN MOHD SAPRIπŸ’₯πŸ’“
Siapakah jejaka ini? Dan kenapa lelaki? Iuueewwwww kenal ke?πŸ˜†πŸ˜‚
HAHAHAHA!!!….
Sebenarnya tak kenal pun….Tapi sejak awal-wal masuk kelas…dah perasan pun lelaki ni…..nampak macam baik hmmmm….hensem tu yes memang lh…tapi kenapa minat?
Dia boleh dikatakan good looking lh hensem…badan pun berketul-ketul kot…amboiiiiiii !!! Tiberrr…πŸ˜‚πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Tak lh…dia memang baik…dia tak gaul pun dengan budak-budak yang bising dalam kelas…Jarang-jrang dia buat bising…kenapa tahu? Entah lh
Dia rasanya banyak kot awek ataupun perempuan yang mina gilerr kat dia.. Tak Kisah lah…biasalah orang hensem kan.. Lagi satu kepada pembaca…Ni Bukan LGBT ok…ish’’’😑😑



Tak salah kan kalau kita jadikan seorang lelaki sebagai idol kita…macam minat KPOP githuuu…tiberrrr
Dia ok lah…membentang pun bagus…cakap pasal bentang kan…dalam kelas selalu tunggu dia nak membentang…tapi takde-takde jerr….last-lasgt dia group kedua terakhir membentang dan group kite lah yang last…tiberrr…hahahahah
Minat dia sebab personlitinya yang nampak berkarisma, hensem…pandai…fashionista juga kot dan senyuman dia tu hmmmm HHAHAHAH tiberrr!!!…Nak gak lh berkawan ngan dia…tapi takpe lh…kalau ada jodoh untuk berkawan, akan ada lh tu nnti.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Dah cukup….tu je lah kot sekadar perkongsian yang boleh dikongsi bersama.
Kepada pembaca…Ni rahsia antara kita berdua je ok..
Hahhahahaha Tiberrr!!!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Terima Kasih atas kesudian utnuk membaca kisah sedih ringkas ini…Ehhh tiber
Perkongsian ringkas ini….Byee😊😊😊😊
Assalammualaikum....



PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH



Masukkan Bahaya Dadah Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Moral


Keratan akhbar yang dipaparkan diatas daripada New Times Sabah yang bertajuk 'Masukkan Bahaya Dadah Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Moral'. Melalui keratana akhbar yang dicetak di Kota Kinabalu mengatakan pembantu menteri pembangunan sumber dan kemajuan teknologi maklumat Datuk Jainab Ahmad mencadangkan agar pembelajaran tentang bahaya dadah diselitkan dalam sukatan mata pelajaran pendidikan moral di sekolah sekolah di negara ini beliau berkata ini penting bagi memberi kesedaran kepada golongan remaja mengenai bahaya dadah yang merupakan musuh nombor 1 negara. Bagaimanapun beliau berkata kandungan pembelajaran itu mestilah dibuat secara teliti dan berhati-hati bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif. Dan keratan akhbar yang dipaparkan di atas sememangnya ada kaitan dengan pengurusan pendidikan pencegahan dadah.

 

 



Program Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Negara. Melalui program ini, semua maklumat mengenai PPDa yang meliputi input-input bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS akan sampai kepada warga sekolah.


Pendidikan Pencegahan Di Sekolah


PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN INTERVENSI
-  SASARAN KUMPULAN BERISIKO
-  WAJIB DILAKSANAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH






PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN




Keratan akhbar yang dipaparkan di atas bertajuk ‘Pamer keindahan bahan terbuang’ dan keratan akhbar di atas semangnya berkaitan dengan tajuk pengurusan sekolah dan persekitaran. Dalam akhbar tersebut mengatakan kerjasama pelajar, masyarakat serta organisasi setempat adalah pendekatan terbaik dalam memelihara persekitaran tempat tinggal selamat, sihat dan ceria. Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Behrang 2020 berkata kawasan perumahan mereka diindahkan dengan bahan terbuang seperti kayu, periuk lama, besen cuci tangan, baldi lama dan tong cat. Ia juga inisiatif bersama program My Beautiful Neighbourhood di bawah KPKT Malaysia.


Persekitaran amatlah penting bagi mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni. Hal ini, dapat dikaitkan juga dengan pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang selesa bagi menarik minat dan merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.

PERSEKITARAN DISINI TERMASUKLAH MASYARAKAT, IBU BAPA DAN PIHAK SEKOLAH.

o Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat
² Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan merasakan bahawa mereka akan hidup bersama.
² Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetik

o Hubungan Dengan Guru
² Guru sebagai pengganti ibu bapa
² Kebajikan murid – murid terletak pada tanggungjawab guru – guru sepanjang mereka berada disekolah.
² Memberi perhatian kepada murid – murid ketika di sekolah.
² Guru sebagai seorang kaunselor yang membantu pelajar untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan mereka.
² Membantu murid – murid memyelesaikan masalah berkaitan akademik



o Hubungan Dengan Ibu Bapa
² Peranan Ibu Bapa
² Tanggungjawab ibu bapa memberi kesan kepada perkembangan dan pencapaian sekolah
² Ibu bapa prihatin akan melahirkan sekolah yang cemerlang dan terbilang
²  Ketidakfahaman ibubapa dan sekolah akan menyebabkan kemerosotan prestasi
² Membantu memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah 


PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


SINAR HARIAN

Keratan Akhbar Sinar Harian 5/8/2018, ms 22, Ruangan Baling, berkenaan Nuk Akma Amali pelajar Kolej Komuniti Kulim yang berjaya menamatkan pengajian dan menerima Sijil Kolej Komuniti dalam bidang Pengoperasian Perniagaan sempena Majlis Konvokesyen Perlis, Kedah dan Pulau Pinang 2018. Kerata akhbar yang dipaparkan di atas sememangnya berkaitan dengan Pengurusan Pelbagai Upaya dalam silibus pengurusan pembelajaraan KPS3014. Dan secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. 


 Pendidikan khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.


PERBEZAAN ANTARA ‘MURID BERKEPERLUAN KHAS’ DENGAN ‘MURID KURANG UPAYA’

MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak luar biasa (exceptional children) Kanak-kanak berisiko (at risk children) Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak- kanak biasa. Kanak-kanak berisiko (at risk children). Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.

MURID KURANG UPAYA
Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children). Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.  Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.

Faktor untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah sesuatu yang mudah, lebih - lebih lagi pelajar yang berkeperluan khas. Banyak halangan dan rintangan yang perlu mereka tempuhi untuk mencapai impian mereka. Oleh hal demikian, kita sebagai seorang guru haruslah bersedia untuk membantu mereka dalam pengurusan pembelajaran agar mereka dapat mencapai impian yang mereka impikan.

Antara isu lain yang berkaitan dengan Pengurusan Pelbagai Upaya:










Kamis, 30 Mei 2019

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA




Kepelbagaian ialahperihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama adaabstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia.


Keratan akhbar di atas sememangnya ada kaitan denga Pengurusan Pelbagai Budaya dalam sub topik Pengurusan Pembelajaran KPS3014. Keratan akhbar di atas bertajuk 'Pesta Angpau di sekolah dedahkan murid pada kepelbagaian budaya'. Dalam akhbar tersebut ada mengatakan Pengurusi Lembaga  Pengurusan Sekolah (LPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chug Hwa Tenghilan, Johnson Wong Teck Tshung berkata penganjuran acara kebudayaan seumpama itu mampu menyuburkan lagi hubungan harmoni antara kaum.


KONSEP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
Memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri – ciri kelompok
pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat. Memberi penekanan kepada kesan penindasan terhadap satu kelompok oleh kelompok lain dan pampasan kepada yang ditindas. Melihat pendidikan pelbagai budaya sebagai satu proses yang memberi penekanan kepada aspek intrisik sesuatu budaya. Juga terhadap bagaimana budaya mempengaruhi p&p.

JENIS BUDAYA SEKOLAH
o Budaya hormat menghormati
o Budaya berpakaian
o Budaya belajar
o Budaya membaca
o Budaya penyayang dan tolong menolong

TUJUAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
o Mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud
kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa (Oku),
golongan minoriti dan orientasi seksual.
o Supaya sedar akan keperluan keadilan sosial dalam masyarakat.
o Menanam di dalam diri pelajar rasa tanggungjawab dan komited kepada tugas serta
amanah dalam masyarakat yang demokrasi, saksama dan adil




PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT


Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama unit lain SK Pekan Kinarut anjur kursus kepimpinan

Keratan akhbar yang dipaparkan dalam penyataan di atas sememangnya berkaitan dengan pengurusan bimbingan dan nasihat di sekolah.


CIRI - CIRI BIMBINGAN
o Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
o Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh
dikawal.
o Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
o Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
o Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan
tidak sihat.
o Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru,
murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
CIRI- CIRI PENASIHATAN
o Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri
individu yang bermasalah.
o Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti
kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman,
banyak pengetahuan dan pengiktirafan.
o Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi
permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.








PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN




Blog Koleksi Akhbar Pendidikan New Sabah Times
https://akhbarpendidikan.blogspot.com/2016/07/lantai-bilik-kemahiran-hidup-smk.html
keratan akhbar yang dipaparkan di atas yang bertajuk "Lantai Bilik Kemahiran Hidup SMK Muhibbah Dinaiktaraf" amat berkaitan dengan tajuk ini iaitu Pengurusan Bilik Pembelajaran (KPS 3014). Melalui akhbar tersebut mengatakan 'kerja-kerja naik penaiktaraf lantai yang sebelum ini hanya dipasang tikar getah , telah dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen  Thau Lin menggunakan peruntukan Tabung Ahli Parlimen beliau.

CIRI KESELAMATAN BILIK PEMBELAJARAN
Ruang kerja selesa – susun atur perabot
Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
Cahaya dan pengudaraan yang cukup
Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
Sudut pameran/hasil kerja murid
Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin

Bilik pembelajaran merangkumi bilik darjah, makmal sains, bilik PSV, bilik muzik, Makmal ICT, bengkel, dan bilik gynasium. Manakala carta organisasi secra umumnya adalah terdiri daripada Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC), Pengurusan dan Penyelenggaraan, Pengurusan Stok, Keselamatan, dan Kebersihan & Keceriaan. Bilik pemeblajaran selalunya mempunyai terapeutik, perabot yang sesuai, bahan PdPc, alat PdPc, peralatan mengikut subjek, bahagian pameran, singki, stor & bilik persediaan, poster, dan papan maklumat.

Antara keratan akhbar yang berkaitan dengan pengurusan bilik pembelajaran:





PENGURUSAN DISIPLIN



 Maklumat yang disampaikan melaui keratan akhbar di atas menjelaskan mengenai "Peti Aduan Disiplin Murid tanda PDRM prihatin masalah disiplin di sekolah" . Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Adzhar Eddy Tan Sri RM Jasni berkata, Ibu Bapa perlu mengukuhkan disiplin anak-anak mereka agar proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat berjalan de gan lancar dan teratur, seterusnya memberi manfaat kepada anak-anak mereka. Keratan akhbar di atas sememangnya ada kaitan dengan pengurusan disiplin dalam subjek pengurusan pembelajaran KPS3014.

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara.namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental mereka. gejala seperti ponteng sekolah,ponteng kelas,melawan guru,bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.



Imej yang berkaitan





STRATEGI MENANGANI MASALAH DISIPLIN SEKOLAH
Zero disiplin
ΓΌ (100 markah merit dan ditolak dengan setiap demerit)
ΓΌ Tebusan semula merit yang ditolak dengan kerja amal
ΓΌ Kekangan: guru terpaksa mengawasi markah merit dan demerit, dan menjadi beban guru
Spot check
Pas keluar pelajar
Borang kawalan pelajar

Program-program tertentu seperti Masih Ada Sayang (MASA), Transformasi Minda dan sebagainya.

Imej yang berkaitan

TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP PELAJAR
Merotan
Gantung persekolahan
Buang sekolah
Hukuman yang difikirkan sesuai untuk kesalahan yang ringan mengikut budi bicara penguat kuasa disiplin sekolah (contoh timeout dan sebagainya)


Kedisiplinan guru dan pegawai adalah sikap penuh kerelaan dalam mematuhi semua aturan dan norma yang ada dalam menjalankan tugasnya sebagai bentuk tanggung jawabnya terhadap pendidikan anak didiknya.


Antara isu-isu dalam keratan akhbar yang berkaitan dengan pengurusan disiplin