Kamis, 30 Mei 2019

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA




Kepelbagaian ialahperihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama adaabstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia.


Keratan akhbar di atas sememangnya ada kaitan denga Pengurusan Pelbagai Budaya dalam sub topik Pengurusan Pembelajaran KPS3014. Keratan akhbar di atas bertajuk 'Pesta Angpau di sekolah dedahkan murid pada kepelbagaian budaya'. Dalam akhbar tersebut ada mengatakan Pengurusi Lembaga  Pengurusan Sekolah (LPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chug Hwa Tenghilan, Johnson Wong Teck Tshung berkata penganjuran acara kebudayaan seumpama itu mampu menyuburkan lagi hubungan harmoni antara kaum.


KONSEP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
Memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri – ciri kelompok
pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat. Memberi penekanan kepada kesan penindasan terhadap satu kelompok oleh kelompok lain dan pampasan kepada yang ditindas. Melihat pendidikan pelbagai budaya sebagai satu proses yang memberi penekanan kepada aspek intrisik sesuatu budaya. Juga terhadap bagaimana budaya mempengaruhi p&p.

JENIS BUDAYA SEKOLAH
o Budaya hormat menghormati
o Budaya berpakaian
o Budaya belajar
o Budaya membaca
o Budaya penyayang dan tolong menolong

TUJUAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
o Mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud
kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa (Oku),
golongan minoriti dan orientasi seksual.
o Supaya sedar akan keperluan keadilan sosial dalam masyarakat.
o Menanam di dalam diri pelajar rasa tanggungjawab dan komited kepada tugas serta
amanah dalam masyarakat yang demokrasi, saksama dan adil




0 komentar:

Posting Komentar