Jumat, 31 Mei 2019

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


SINAR HARIAN

Keratan Akhbar Sinar Harian 5/8/2018, ms 22, Ruangan Baling, berkenaan Nuk Akma Amali pelajar Kolej Komuniti Kulim yang berjaya menamatkan pengajian dan menerima Sijil Kolej Komuniti dalam bidang Pengoperasian Perniagaan sempena Majlis Konvokesyen Perlis, Kedah dan Pulau Pinang 2018. Kerata akhbar yang dipaparkan di atas sememangnya berkaitan dengan Pengurusan Pelbagai Upaya dalam silibus pengurusan pembelajaraan KPS3014. Dan secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. 


 Pendidikan khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.


PERBEZAAN ANTARA ‘MURID BERKEPERLUAN KHAS’ DENGAN ‘MURID KURANG UPAYA’

MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak luar biasa (exceptional children) Kanak-kanak berisiko (at risk children) Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak- kanak biasa. Kanak-kanak berisiko (at risk children). Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.

MURID KURANG UPAYA
Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children). Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.  Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.

Faktor untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah sesuatu yang mudah, lebih - lebih lagi pelajar yang berkeperluan khas. Banyak halangan dan rintangan yang perlu mereka tempuhi untuk mencapai impian mereka. Oleh hal demikian, kita sebagai seorang guru haruslah bersedia untuk membantu mereka dalam pengurusan pembelajaran agar mereka dapat mencapai impian yang mereka impikan.

Antara isu lain yang berkaitan dengan Pengurusan Pelbagai Upaya:










0 komentar:

Posting Komentar