Jumat, 31 Mei 2019

PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN




Keratan akhbar yang dipaparkan di atas bertajuk ‘Pamer keindahan bahan terbuang’ dan keratan akhbar di atas semangnya berkaitan dengan tajuk pengurusan sekolah dan persekitaran. Dalam akhbar tersebut mengatakan kerjasama pelajar, masyarakat serta organisasi setempat adalah pendekatan terbaik dalam memelihara persekitaran tempat tinggal selamat, sihat dan ceria. Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Behrang 2020 berkata kawasan perumahan mereka diindahkan dengan bahan terbuang seperti kayu, periuk lama, besen cuci tangan, baldi lama dan tong cat. Ia juga inisiatif bersama program My Beautiful Neighbourhood di bawah KPKT Malaysia.


Persekitaran amatlah penting bagi mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni. Hal ini, dapat dikaitkan juga dengan pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang selesa bagi menarik minat dan merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.

PERSEKITARAN DISINI TERMASUKLAH MASYARAKAT, IBU BAPA DAN PIHAK SEKOLAH.

o Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat
² Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan merasakan bahawa mereka akan hidup bersama.
² Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetik

o Hubungan Dengan Guru
² Guru sebagai pengganti ibu bapa
² Kebajikan murid – murid terletak pada tanggungjawab guru – guru sepanjang mereka berada disekolah.
² Memberi perhatian kepada murid – murid ketika di sekolah.
² Guru sebagai seorang kaunselor yang membantu pelajar untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan mereka.
² Membantu murid – murid memyelesaikan masalah berkaitan akademik



o Hubungan Dengan Ibu Bapa
² Peranan Ibu Bapa
² Tanggungjawab ibu bapa memberi kesan kepada perkembangan dan pencapaian sekolah
² Ibu bapa prihatin akan melahirkan sekolah yang cemerlang dan terbilang
²  Ketidakfahaman ibubapa dan sekolah akan menyebabkan kemerosotan prestasi
² Membantu memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah 


0 komentar:

Posting Komentar