Sabtu, 18 Mei 2019

SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Menurut Sharifah Alawiah (1985), Sosiologi adalah satu disiplin sains kemasyarakatan. Sosiologi adalah himpunan pengetahuan asas tentang masyarakat serta tingkahlaku sosial mereka secara lebih saintifik dan berdisiplin. Ottoway (1964) mendefinasikan sosiologi sebagai satu bidang sains kemasyarakatan. Mohd Salleh (1998) pula menjelaskan sosiologi sebagai suatu bidang yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa sosiologi ialah merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. 

Jenis-jenis teori 

 Teori fungsionalisme - memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaian iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan. 

 Teori konflik - ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing.Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa, kekayaan, kebendaan, kehormatan dan berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka. 

 Teori interaksi simbolik - adalah teori yang bersifat mikro. Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-931). Manakala ahli yang menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”. 

Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Malahan sosiologi juga berkait dengan pendidikan. Sosiologi terbahagi kepada tiga iaitu teori fungsionalisme, teori konflik, dan teori interaksi simbolik. Setiap teori ini saling menghubungkait dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kepentingan sosiologi dalam pendidikan ialah menyiasat dan menemui fakta-fakta sosial dan undang-undang yang mana teori dan amalan pendidikan terletak (sebahagian besar), menggabungkan pengetahuan dan prinsip-prinsip sosiologi dalam pendidikan (asas yang menentukan matlamat pendidikan) dan memberi tumpuan kepada hubungan antara proses persekolahan, amalan dan hasilnya kepada organsisasi masyarakat secara keseluruhannya.

0 komentar:

Posting Komentar