Rabu, 29 Mei 2019

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).

Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960).

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/10/487276/41-pengetua-cemerlang-di-sekolah-berprestasi-rendah 

Gambar yang dipaparkan diatas diperoleh daripada Berita Harian yang bertajuk “41 Pengetua Cemerlang Di Sekolah Berprestasi Rendah”. Tajuk keratan daripada akhbar Berita Harian ini semamngnya ada kaitan dengan topik keempat dalam KPS3014 Pengururusan Pembelajaran bagi tajuk Kepimpinan dan Organisasi

Melalui gambar tersebut, keratan akhbar online melalui Berita Harian menyatakan Seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempatkan di sekolah ‘harapan’ di seluruh negara. Mereka adalah kumpulan pertama di bawah projek Kementerian Pendidikan (KPM) bagi meningkatkan prestasi sekolah. Kumpulan sulung ini akan ditempatkan di sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan sekolah selama tiga tahun.

Menurut kenyataan KPM, sepanjang tempoh itu mereka akan dibantu oleh pensyarah pembimbing daripada Institut Aminuddin Baki (IAB). Program rintis yang membabitkan sembilan pengetua berprestasi cemerlang sudah memulakan khidmat mereka sejak tahun lalu. Kesemua pengetua berprestasi cemerlang menerima Watikah Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018 daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada satu majlis di sini, hari ini. Sambil menyifatkan pengetua cemerlang itu sebagai ‘hero anak bangsa’, Maszlee berkata, penempatan itu adalah amanah diberikan KPM kepada pemimpin sekolah untuk membawa perubahan kepada sekolah berprestasi rendah.

“Anda adalah hero yang bakal melonjakkan sekolah berprestasi rendah dan melahirkan hero yang cemerlang untuk negara.

“Tahniah kepada pengetua dan pensyarah pembimbing yang diberi mandat bagi menjayakan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah, di seluruh negara,” katanya.

Maszlee berkata, penempatan pengetua berprestasi cemerlang di sekolah berprestasi rendah atau sekolah mencabar di bawah program itu adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kecemerlangan kepemimpinan pengetua di sekolah terdahulu.

Seperti yang kita tahu, tugas pengetua adalah bertanggungjawab dalam memastikan peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaanya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan disamping mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. Pengetua juga bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.

Kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam sesebuah organisasi, ada ahli-ahli yang menyokong pemimpinnya. Pengetua berperanan sebagai pemimpin dan setiap guru pula memiliki peranan masing-masing.

0 komentar:

Posting Komentar