Sabtu, 18 Mei 2019

INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

 (Kamaruddin, 1994) mengatakan Interaksi bilik darjah bererti tindak balas yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak.  Menurut Kolaborasi Ilmu (2012) pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Pembelajaran ialah suatu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku. Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. (Ned Flanders, 1963) merumuskan:

 Dua pertiga daripada semua pelajaran yang diperhatikan adalah dalam bentuk percakapan.
 Dua pertiga daripada percakapan oleh guru. 
 Dua pertiga dari percakapan guru adalah berbentuk syarahan 

Jenis-jenis interaksi dalam bilik darjah 

 Interaksi sehala 

Merupakan kaedah mengajar cara lama dan pasif yang mana pelajar dipaksa utk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan guru sama ada secara arahan atau penerangan. Guru jenis ini amalkan pendekatan autoritarian iaitu pelajar tiada kuasa utk berinteraksi dgn pelajar lain. Perkara ini secara tidak langsung kurang mengembangkan pemikiran pelajar. 

 Interaksi dua hala 
Berlaku samada guru bertanya kepada pelajar dan mereka menjawab atau sebaliknya, akan tetapi tiada interaksi di antara rakan sekelas. Interaksi pasif seperti ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka 

 Interaksi kumpulan 
Iaitu guru hanya sebagai pemudah cara. Interaksi sebegini bertujuan untuk menggalakan pelajar supaya lebih aktif iaitu dengan memberikan kerja kumpulan kepada mereka. Dengan cara ini, mereka dapat bertukar pandangan dan mampu memupuk nilai kerjasama, hormat-menghormati, toleransi dan perpaduan terutamanya apabila terdapat pelbagai bangsa di dalam kelas tersebut.dan interaksi di antara ahli kumpulan.

 Interaksi antara kumpulan - iaitu setelah melakukan perbincangan di dalam kumpulan pelajar akan membentangkan hasil perbincangan tersebut dan kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan yang membentang. 

Interaksi yang berkesan 

o penyampaian mesej dengan jelas supaya mengelakkan daripada terjadinya konflik di antara penyampai dan penerima. 
o bercakap dengan menggunakan bahasa yang baik dengan pelajar. 
o menggalakan pelajar melontarkan pandangan. 
o bersifat ramah dan mesra supaya pelajar merasa lebih dekat dengan guru. 

Komunikasi dalam kelas Menurut Mohd Yusof Ali, Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Komunikasi dapat menghubungkan dua belah pihak bagi tujuan menyampaikan maklumat. Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. 

 Bentuk-bentuk komunikasi 

o Komunikasi lisan (oral communication) – Dalam komunikasi lisan, suara guru memainkan peranan penting terutama dalam percakapan atau pertuturan ketika guru melakukan penyampaian. Untuk menjadikan pengajaran berkesan, guru perlu berusaha untuk melakukan pertuturan yang jelas semasa proses pengajaran dijalankan dan menggunakan ayat yang mudah difahami. Oleh itu, penggunaan ayat yang kabur, berputar belit serta berjela-jela sewajar para guru hindari malah harus menekankan penggunaan ayat yang pendek serta bersesuaian dengan tahap keupayaan murid bagi memudahkan murid terutama yang lemah menerima apa yang disampaikan

o Komunikasi tanpa lisan - Komunikasi ini berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan di mana kandungan komunikasi boleh menunjukkan maksud yang tersirat. Selain itu, komunikasi ini sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin terdapat fikiran yang tersembunyi. Mempunyai kepakaran dalam kemahiran ini dapat membantu para guru mengenalpasti keadaan dan tahap keselesaan murid di dalam kelas sama ada mereka berada dalam kebosanan atau tekun memahami pelajaran tersebut. Justeru para guru dapat meningkatkan kreativiti pengajaran supaya tercetus minat murid untuk mendalami pelajaran yang disampaikan. 

o Komunikasi visual - Penggunaan komunikasi visual yang ada seperti animasi, video, bunyi, teks, audio dan grafik dapat merangsang minda pelajar dan memba wa impak yang besar terhadap komunikasi dan pendidikan. kewujudan elemenelemen ini berupaya menarik perhatian pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran seolah-olah ia dapat berhubung dengan pelajar 

o Komunikasi persuratan 

Jenis komunikasi 
o Komunikasi Intraperibadi (intrapersonal communication) 
oKomunikasi Antara Peribadi (interpersonal communication) 
o Komunikasi Kumpulan 
o Komunikasi Keorganisasian 

Elemen-elemen dalam proses komunikasi 
o pengantar (Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan) 
o mesej (maklumat, idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain) 
o enkod (maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain sama ada menggunakan perkataan, bahasa atau symbol) 
o saluran (mesej disalurkan kepada penerima melalui sama ada saluran iaitu percakapan atau melalui tulisan, visual atau pergerakan) 
o penerima (orang yang menjadi sasaran mesej) 
o dekod (mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna) 
o maklumbalas (Tindak balas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan) 
 o gangguan (Perkara-perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan komunikasi. Akibatnya maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau disalah tafsir). 


Kemahiran komunikasi berkesan Kemahiran Tingkah Laku Kemahiran menimbulkan minat orang Kemahiran memberi perhatian Kemahiran mendengar Kemahiran pemerhatian Kemahiran mengemukakan soalan Kemahiran memberi refleksi perasaan Kemahiran memberi maklum balas 


Interaksi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Segala jenis maklumat yang sampai kepada pelajar adalah melalui interaksi. Oleh itu para guru perlu cakna dan pakar dalam menggunakan kaedah interaksi yang betul dalam menguruskan bilik darjah serta menggunakan teknik komunikasi yang berkesan supaya para pelajar rasa selesa untuk bergaul dengan guru dan rakan-rakan. 

0 komentar:

Posting Komentar