Sabtu, 18 Mei 2019

PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

 Pengurusan 
o Perancangan, pengelolaan pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat.(Jamaliah abdul hamid, Norashimah Ismail,2005) o Suatu proses mendapatkan penyetaan kerjasama dan camputangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, dan mengawal. o Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. (Syukur, 1988).

 Pembelajaran 
o Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.Maka, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
o Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang.
o Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia.

  Konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar
o Pengalaman 
 Kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar. 
 Ulang pelajaran yang lepas dengan membuat sesi soal jawab. 
 Ia membantu pelajar memahami sesi pembelajaran yang dijalankan 
 Merancang dan mencabar minda pelajar dengan soalan yang bervariasi. 
 Memupuk pelajar untuk memberikan idea, membuat ramalan berdasarkan kajian dan mencabar tahap intelek mereka. 
 Gagne (1974) menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan pemikiran, perubahan kebolehan, 
 Perubahan tingkah laku dan ia memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan yang lebih bermakna. 

o Merancang 
 Merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif. 
 Merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. 
 Merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan. 
 Merancang aktiviti penilaian kepada pelajar. 
 Merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar lebih faham dan jelas. 

o Mengawal 
 Mengawal peraturan bilik darjah - Guru perlu memastikan pelajar mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan. 
 Mengawal aktiviti berkumpulan -Mengelakkan pelajar membuat bising sewaktu PdPC. 
 Mengawal murid yang mengalami masalah peribadi.-memberi kaunseling yang sewajarnya untuk menaikkan semangat pelajar. 
 Mengawal suasana bilik darjah.- Guru perlu mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak mengganggu proses pembelajaran. 
 Pengurusan pembelajaran yang berkesan 

o Keperluan fisiologi - Mengetahui keperluan fisiologi pelajar seperti Tahap pembelajaran Keluarga Tingkah laku Emosi. 
o Pengurusan masa - Membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama, jadual waktu perlu seimbang dan tiada pembaziran masa.
o Iklim bilik darjah - Pencahayaan yang cukup, perabot yang selesa dan mencukupi dan aliran udara yang baik dan lancar.

 Kaedah Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar 
o Kaedah pendekatan pengurusan dan pembelajaran yang berkait dengan model, prinsip,dan teori pembelajaran 
o Menggunakan kaedah set induksi yang baik, yang mampu menarik minat pelajar. 
o Kaedah demonstrasi digunakan bagi melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah. 

 Strategi untuk menarik minat pelajar 
o Menghias ruang bilik darjah supaya menjadi lebih santai 
o Memaparkan visual serta audio yang menarik untuk mengukuhkan kefahaman pelajar 
o Guru tidak terlalu serius sewaktu PdPC dan memberi ruang kepada pelajar untuk melontarkan pandangan 
o Menganjurkan permainan ilmiah sebagai satu bentuk ulang kaji .

0 komentar:

Posting Komentar