Rabu, 29 Mei 2019

PENGURUSAN MURID



Melalui keratan akhbar yang dipaparkan di atas menunjukkan situasi yang berkaitan dengan Pengurusan Murid di sekolah. Keratan akhbar di atas bertajuk “230 Murid Gembira Terima Bantuan Peralatan Sekolah” daripada Sinar Harian pada Jan 03 2016.


Sinar Harian memberi penyataan:

 “Bantuan sekolah yang diterima anak kedua saya benar- benar membantu memandangkan saya baru kehilangan suami bulan lepas kerana serangan jantung,” ujar Lizawati Md Yusof, 33.
Anak Lizawati, Mohamad Asyraf Firas Arman, 8, antara 230 pelajar dan murid termasuk masyarakat orang asli di kawasan Parlimen itu terpilih untuk menerima bantuan berupa wang tunai RM100, beg sekolah serta alat tulis sumbangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Ibu tunggal berkenaan yang bekerja mengambil upah membuat kuih raya memberitahu, pendapatan yang diterimanya setiap hari tidak menentu.

Jelasnya, ia mengikut jumlah kuih yang dibuat serta dikira borong dan dalam sehari dia mungkin dapat RM50.

“Jadi, saya benar-benar bersyukur anak saya terpilih menerima bantuan persekolahan kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban.

“Ini kerana saya juga perlu menyediakan belanja sekolah untuk anak pertama saya yang belajar di tingkatan satu pada sesi persekolahan akan datang,” katanya kepada media pada program kembali ke sekolah anjuran PTP, di sini semalam.

Program Kembali ke Sekolah ini merupakan buat tahun kesembilan secara berturut turut sejak 2007 itu dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Mohamad Khairi A Malik merangkap Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.


Penjelasan dalam penyataan diatas sememangnya satu penyataan yang mneyedihkan daripada seorang ibu yang terpaksa menyarah anak-anakya. Jelas terlihat melalui bantuan yang diberikan pada murid-murid disekolah itu ada kaitan dengan Pengurusan Murid.

Melalui perkara sebegini memberi motivasi kepada murid untuk terus belajar. Dan memberi kesediaan mereka untuk belajar di sekolah.  kesediaan belajar dimana ia didefinisikan sebagai pembelajaran hanya akan berlaku sekiranya wujud kesediaan pelajar untuk belajar. Kesediaan belajar dapat dibahagikan kepada tiga iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan juga kesediaan psikomotor. Dimana kesediaan kognitif dapat dirumuskan sebagai peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Keupayaan ini akan bertambah mengikut tahap perkembangan umur seseorang. Menurut Piaget (1952), beliau menyatakan teori ini boleh digunakan untuk merancang aktiviti pembelajaran dan objektif.





0 komentar:

Posting Komentar