Rabu, 29 Mei 2019

PENGURUSAN BILIK DARJAH



Keratan akhbar di atas menjelaskan dan memperilihatkan maklumat mengenai kewujudan kelas ataupun bilik darjah abad ke -21Keratan akhbar di atas diperoleh daripada rujukan online yang bertajuk "Wujud Kelas Abad ke-21." Tajuk ini amat berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah. Bilik darjah ialah medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah kearah pembinaan modal insan yang menjurus kepada aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual. Pengurusan bilik darjah adalah prosedur dan keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran dan pembelajaran yang sihat. Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

Pengurusan Bilik Darjah Berkesan:
lMenggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
Membentuk suasana pembelajaran yang positif
Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid
Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P
Mengurangkan masalah disiplin
Pengurusan rutin yang berkesan
Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

Elemen-elemen pengurusan bilik darjah yang baik juga seharusnya diterapkan dalam diri setiap guru. Antara elemen-elemen tersebut ialah merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Bagi elemen merancang, guru patutnya berkemahiran dalam merancang bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya ialah elemen mengelola yang mana keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid. Di samping itu, elemen mengarah menegaskan bahawa seorang guru sepatutnya tahu cara-cara mengarah murid-murid dan menguruskan tugas harian di bilik darjah. Elemen mengawal menekankan aspek kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus, mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.



Konklusinya, pembelajaran pada abad ke 21 ini merupakan kerjasama antara guru dan murid dimana kedua-duanya memiliki peranan tersendiri yang perlu dititikberatkan bagi menjayakan setiap matlamat yang ingin dicapai.

0 komentar:

Posting Komentar