Kamis, 30 Mei 2019

PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PENGURUSAN SUMBER

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis dan sangat memberi kepentingan dalam pengurusan pembelajaran.

Seperti yang kita sedia maklum  Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang paling utama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.



Berdasarkan keratan akhbar yang dipaparkan diatas, menjelaskan akan kepentingan dan manfaat PSS kepada pelajar dan semua organissi ang terlibat dalam sekolah. Tajuk akhbar itu ialah "Manfaat PSS untuk Pemberlajaran Alaf Baru" dan sememnangnya ada katan dengan pengurusan bilik sumber yang termasuk dalam tajuk KPS3014 pengurusan pembelajaran.

 Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber ialah:

 • penggunaan buku teks 
• aktiviti penelitian 
• pencarian bahan dari pelbagai sumber 
• latihan penyelesaian masalah 
• penggunaan alat pandang dengar. 

 Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua iaitu 
o bahan pengajaran 
o bahan pembelajaran 

  •  Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. 
  •  Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video.  Strategi ini memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan.
Sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang-dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti PdP dengan tujuan memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran. Pembelajaran yang berasaskan sumber juga boleh melibatkan murid secara aktif dalam sesi pembelajaran berbanding murid yang hanya mendengar jika tiada sumber digunakan.

https://www.unisza.edu.my/newsclip/clip/208_unisza_bantu_mantapkan_pusat_sumber_sekolah.jpg
Antara keratan akhbar yang boleh dikaitkan dengan Pengurusan Sumber PSS



SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.  Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet.  Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT 1.

Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan  pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira  taraf kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan  diagihkan kepada semua murid di sekolah.

Objektif:
  • Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.
  • Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.
  • Murid - murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.
 Carta Aliran Pengurusan SPBT Peringkat Sekolah


Carta Aliran Proses Penentu Kelayakan Murid
http://www.smks19.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=107&Itemid=110

BILIK  BOSS
Diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sepenuhnya bagi pengurusan SPBT bermula dari penerimaan, perekodan dan pengagihan buku teks SPBT.

RASIONAL

• Menyediakan satu tempat penyimpanan khas bagi buku-buku teks sekolah
• Menjamin penjagaan dan keselamatan buku-buku teks dan menjalankan aktiviti membaikpulih buku
• Mendekatkan masyarakat sekolah terutama murid terhadap pelaksanaan da pengurusan boss yang selama ini dilihat sebagai stor buku teks

Faktor  BOSS Cemerlang

Kelengkapan BOSS


Peraturan BOSS


0 komentar:

Posting Komentar